
Wah! Dapat award lagi. Lama pulak rasanya tak dapat award.*Padahal tak ada masa nak buat entry award cuz busy lately.hehehe. Sorry guys!!
Ok, malam ini saya dapat satu award from Heidi. Teman Blogger. Tentu dia baik sebab sanggup bagi award ni kat saya!!! *Sesungguhnya aku manusia kejam sebenarnya.kikiki
1. Ok, whoever yg i give this award will need to copy the badge and well..you know the rest..
2. Link/tell whom have given you the award
3. Every bloggers will need to state 10 facts/hobbies before choosing who are your award receivers..
Cuma, Heidi..kenapa setiap award perlukan task untuk mendapatkan nya???wahaha. So cute kamu! Anyway, maceh!! ok, ini jawapan untuk task award kamu.Have a nice day :)
10 Facts about Lizz:1) Nama penuh saya sangat pendek. Norliza. Mengikut kata mak, arwah ayah cuma mahukan Liza sahaja. Mujur, mak saya waktu itu macam poyo mahukan nama saya ada sekurang-kurangnya 7 huruf. Selamat.
2) Sejak lahir saya bergantung penuh dengan bekalan susu asli daripada ibu saya. Cuma, kurang senonoh bila saya terlebih tahap pergantungan sehingga umur mencecah 7 tahun. Tiada titisan langsung, cuma eksyen. Gara-gara dengki teramat sangat dengan kehadiran adik bongsu saya ketika itu. Baru sekarang, saya rasa kasihan kerana dia langsung tidak dapat nikmat susu ibu.hahaha!
3) Saya satu-satunya puteri tunggal di dalam 6 bersaudara. Punya kakak. Tapi, umur tidak panjang dan kembali menghadap Tuhan sewaktu umur 14tahun. Jadi, sejak itu..saya menjadi terlebih manja dengan arwah ayah dan semua abang-abang saya.peace :)
4) Saiz kasut saya 6. Cuma, sejak akhir-akhir ini seolah ianya sudah tidak sesuai buat saya. Perlukan saiz 7 barangkali.ngahahaha. Iya, saya semakin mengembang :(
5) Saya punya seorang teman baik. kami berbeza itu ini. Sangat berbeza. Tapi, itu yang memelihara relationship kami.
6) Kata teman-teman lain, saya agak kejam. Saya selalu tidak pedulikan mereka. Tapi, mereka langsung tidak tahu. Itu adalah kesan daripada tikaman teman-teman terdahulu. Saya serik untuk rapat dengan sesiapa. Padan muka.
* kejam kejam tapi best jugak.7) Saya peminat Siti Nurhaliza sewaktu zaman persekolahan. Saya rasa nak peluk kakak ipar bila dia bermulia hati belikan gambar Siti beserta frame besar. Rasa nak kahwin dengan anak jiran yang 4 tahun lebih muda gara-gara dia terlalu baik memberikan saya majalah-majalah yang ada berita tentang Siti. Kemuncak pula. Saya bagai nak cium abang saya bila dia akhirnya pergi juga ke konsert Siti di London dulu. Dia termakan hasutan adiknya :) kikiki. Dapatlah saya menyimpan tiket itu.
8) Saya ada masalah dengan orang Kelantan sejak dibangku sekolah. Tapi, kuasa Tuhan. Teman baik saya berasal daripada Kelantan. Lebih best, bila ketiga-tiga bekas kekasih orang Kelantan atau ada sedikit darah siam-Kelantan. Dasar balasan mulut jahat dulu. Dulu ok!
9) Rumah saya macam rumah kucing-kucing yatim. Orang buang kucing, saya tak pungut. Cuma bagi makan aja. Tapi, sekarang dah sayang. Orang nak amik, saya pukul.haha. Siapa buang kucing, berdosa tau. Saya benci orang itu. Saya nak bakal suami yang sayangkan binatang juga boleh?
10) Saya single. Saya rasa, saya malas nak bertunang. Tapi, orang Johor selalu buat kerja gila sewaktu pihak lelaki datang merisik. Konon merisik, tapi biasanya mereka akan bertunang tanpa hantaran dan hanya berseluar jeans. Comel orang Johor ni.wakakaka!
Done!!!